Lavine_ship 3

Sunday, August 30, 2009

"Lina, kau pergi makan dulu la.. aku nak lepak kat deck atas jap.." Areana kelihatan cantik dan ayu dengan pemakaian ringkasnya dan tidak ketinggalan topi ala2 gadis ayu. Lina melihat temannya.

"Abis kau suruh aku makan.. yang kau tu tak makan ke??" Tanya Lina yang masih bersenang-lenang di atas katil sambil berchatting dengan suami terChENTAnya..

"Aku rasa kenyang lagilah.. Aku makan sarapan banyak sangat tadi.. Okaylah.. aku jalan dulu ek.." Areana sempat lagi merenung pintu depan biliknya. mungkin jejaka itu sudah pergi ke dewan makan..





~~~~~~~~~~~





melihat ombak yang tenang itu.. mungkin membuat orang terfikir.. macam mana ia menjadi ganas dan mengambil nyawa beratus2 orang.. mungkin ramai yang sudah melupakan kejadian 5 tahun lalu.. ombak yang menjadi teman bermain menjadi ganas dan menghempas pantai.. Tapi ramai juga yang masih trauma dengan kejadian itu.. kerana kehilangan insan yang tersayang ketika kejadian itu sungguh menghibakan.. Dan dia salah seorang darinya.. Di saat itu.. dia terasa seperti kehilang seluruh hidupnya.. seluruh kebahagiannya.. sampaikan dia hilang arah dan tujuan. Tapi syukurlah, dia mempunyai ramai penyokong untuk membuatkan dia bangkit semula.... Zaeril....





"Hahaha... Tangkaplah Ana.. takkan ana pun tak dapat kejap.. kata nak kejap ana seumur hidup Eril.." Jerit Areana ceria.. suka melihat suaminya termengah2 mengejar dirinya.. Ini yang dia inginkan.. menjadi isteri kepada Zaeril illiyas.. setelah pelbagai cabaran di tempuh.. akhirnya mereka selamat di ijabkabulkan.. dan sekarang hanya Dia dan Zaeril di destinasi bulan madu mereka..





"Jagalah Ana kalau Eril dapat tangkap nanti... Eril terus kurung Ana.. biar ana tak dapat lari lagi.." Eril mula berlari di gigi air.. suka dia mendengar tawa Areana sekarang.. walaupun terpaksa mengikut sikap kebudak-budakkan Areana berkejar2an di tepi pantai..





"you blackmail me? sorry Mr.Zaeril.. it doesnt work in this area.." Areana sempat menjelir lidah sebelum melarikan diri jauh dari Zaeril.. Areana sudah sampai ke daratan sementara Zaeril masih membasahkan diri di gigi air itu.. Mulanya dia tertawa melihat perlakuan suaminya.. mungkin sudah penat mengejar dirinya.. tetapi senyumnya mati tiba2.. terdengar suara2 yang mula berteriakan.. Dia melihainya masih lagi tidak menyedari kejadian itu...





"Abang!!! lari!!" Jeritnya dari jauh... Tapi dia tidak sempat berbuat apa selain melihat Zaeril seperti di tarik oleh ombak besar itu dan dirinya pula ditarik oleh orang tempatan untuk menyelamatkan diri.. Dia terkaku... dan terus terkaku..... sehinggalah orang2 tempatan membawanya berlindung di sebuah Masjid di bumi Acheh..





~~~~~~~~~~~~~





"Having a difficult time hah?" Areana terkejut apabila dirinya di tegur.. Adrien Di sebelahnya di renung.. Adrien menghulurkan sapu tangan.. Areana buat muka tidak faham...



"Your tears.. I sure you need this.." Kata Adrien merujuk kepada sapu tangan di tangannya.. Areana cuba mengukir senyuman.. dia menyambut huluran Adrien dan mengelap airmatanya..



"Thanks.. just flash back some horrorful memory..." Adrien tersenyum.. Dia menyandarkan tubuhnya di palang2 besi yang sentiasa ada di setiap kapal laut.. untuk mengelakkan seseorang dari menerjunkan dirinya untuk menjadi sarapan pagi si jerung.. Salah satu ciri2 keselamatan kapal laut.



"emm.. kita semua ada pengalaman pahit.. cuma cara kita menanganinya saja berbeza.. Ada yang cerdik, menjadikan pengalaman sebagai pengajaran dan dapat menerima pengalaman itu dengan hati yang terbuka.. Dan ada pula yang menjadikan pengalaman itu sebagai kelemahannya dan tidak berusaha menangani dan memperbetulkannya,.Saya harap cik Areana anatara orang2 yang cerdik.." Adrien mengalingkan pandangannya ke muka Areana yang masih sayu,. Areana cuba tersenyum.

"Of couse.. Kalau tidak, takkan saya berada di sini dan menjadi salah seorang dari pereka lavineship.." Jawab Areana.. menarik nafas panjang.. dia cuba menghilangkan kesedihan tadi

"Good.. Tak pergi makan ke?" Tanya Adrien..

"Tak..kenyang lagi.. Tengku?" Adrien mengukir senyuman.

"Janganlah formal sangat.. panggil je Adrien.. saya nak hirup udara kat luar ni kejap.. tak sangka pulak terserempak dengan pari2 yang kepatahan sayapnya.." Areana tersenyum.. mulut manis..

"Okaylah Ad..rien.. Saya balik bilik dulu.." Malas mahu memanjangkan cerita di waktu dia mengalami masalah emosi ketika ini.

"Okay.. see you to night.. dengar kata, dorang nak buat BBQ malam ni.."

"Insya_allah. "Dan Areana pun berlalu......

Lavine Ship Day 2

Monday, July 13, 2009

"Aduhs! malunya aku Lina.. ada ke dia buka beg aku ni..lepas tu dia ckp yg dia nampak 'cermin mata' aku ni.." Rungut Areana sambil menutup mukanya dengan bantal.

"Hah! tulah.. lain kali benda2 macam 'cermin mata' besar tu letak di bawah2.. taklah nanti bila orang buka boleh tersembul mata tengok 'cermin mata' special edition kau tu.." Balas Lina tanpa simpati. Areana mencebik.

"Apa2 jelah..bukan nak support aku ke?.. tenangkan aku ke.. ni kenakan aku balik.. tak baiklah kau ni Lina.." Masih lagi merungut,geram hatinya melihat muka selamba temannya.

"Emm.. yelah tu.. dari pada layan kau tu.. baik aku nak pergi mandi dulu.. badan aku dah melekit2 dah ni.." Lina mengambil tualanya kemudian meninggalkan Areana yang sedikit tidak puas hati dengan muka selambanya. sekali lagi Areana mencebik..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ke2:

"Areana..Lina.. lambatnya datang untuk minum petang.." Tegur Che Khalid apabila melihat Areana selesa berpakaian kasual dan Lina lebih memilih blaus dan skirt ringkas.

"hai..dah namanya perempuan Encik Khalid.. mestilah lambat sikit.." Jawab Lina dengan unsur gurauan.. Che Khalid tersenyum.

"Ye tak ye gak.. come lah.. join us.." Ajak Che Khalid ke meja makannya. Lina dan Areana cuma mengikut.

"Tak sangka Areana.., you ang ur team done a good job.. Lavine ship memang cantik." Puji Lily. Salah seorang pekerja di Kirana Berhad.

"Thanks.. tapi tanpa bantuan dari staff Kirana Berhad macam Che Khalid ni.. mungkin Lavine ship tak secantik ini.." Areana mengambalikan pujian kepada Che Khalid.. Che Khalid tersenyum.

"Oh ya.. Lina., Cik abang awak tinggal ke??" Tanya Che Khalid.

"Terpaksa tinggalkanlah Che Khalid.." Kata Lina dengan nada anatara bergurau atau tak..

"Aik? kenapa tak bawa sekali Lina??" Tanya Neily pula.

"Ingat nak bawa juga.. tapi dia tu macam tak boleh pisahkan dengan kerja2 dia..tu yang angin tu.." Jawab Lina.. Che Khalid tersenyum.

"Biasalah.. orang bisnes ni memang susah nak bercuti.. kalau bercuti pun handphone mesti berdering je sepanjang masa.." Kata Che Khalid.

"Encik Khalid pun orang bisnes juga.." Kata Areana.

"Saya lain.. Isteri saya dah buang handphone saya kat dalam air sebelum naik kapal ni tadi.." Kata Che Khalid dlm nada lawak.. mereka tersenyum..

"Eh! mana keluarga Che Khalid?? tak minum petang sekali ke??" Tanya Halim pula..

"Kejap lagi kot.. anak bongsu saya tu dah terbongkang tidur.. jadi isteri saya terpaksa temankan yang si kecil tu dulu.. yang bujang2 saya pulak nak keliling Lavine ni dulu.." Kata Che Khalid..

"Oh ya.. CEO Kirana Berhad tak datang ke??" Tanya Lina sambil menjeling ke arah Areana yang kusyuk sekali menjamu selera.. (kononnya)

"Eh ada.. Mestilah ada..Pelayaran terakhir masa bujanglah katakan.." Jawab Halim. Che Khalid tertawa kecil.

"Lepas balik dari Pelayaran ni kena ikat dah CEO kita tu.." Tambah Che Khalid.. Areana tersenyum.

"Eh, malam ni kita karaoke nak?" Tanya Lily..

"Okay juga cadangan tu.. kita bawak Tengku sekali.. boleh juga release tension.." Kata Neily pula.

"A'aa.. Lina dan Areana belum berkenalan dengan tengku Adrien kan?" Tanya Che Khalid..

"Emm.. belum lagi.." Jawab Areana.. Kemudian dia meneguk air Coffee.. 'tak kenal pun takpe.. bukan boleh jadi laki aku pun.. fiance orglah..'

"Kalau macam tu bolehlah Cik berdua join kami malam ni.. lepas dinner.." Ajak Halim.

"Insya_allah.. kalau kami berdua takde aktiviti lain.. sebab kami cadang nak mencuba spa di Lavine ni dulu.." Jawab Areana.. Lina mengangguk..

"Kita ni bercakap2.. makanan di depan ni pun macam tak luak.. kita makan dulu.. baru borak panjang2.." Kata Che Khalid.. mereka semua tersenyum.. sambil menikmati hidangan di Lavine Ship itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Eh Lina.. mamat tu lah.." Kata Areana kemudian serta merta kakinya berhenti melangkah untuk menghampiri bilik karaoke yang sama 'lelaki' itu masuk.

"Mana pulak ni? lantaklah.. mungkin dia salah seorang dari staff Kirana Berhad.. JOmlah.." Lina tidak sempat melihat raut wajah lelaki yang dimaksudkan temannya itu.. Dia menarik tangan Areana..

"Aku malulah Lina.." Kata Areana masih mengeraskan kakinya.

"Hisy! kau ni dah macam budak2lah.. jomlah.." Lina terus menarik tangan temannya., mahu tidak mahu.. Areana terpaksa mengikuti langkah temannya.. Areana memasuki bilik karaoke itu dengan wajah merah menahan malu. Tengku Adrien Sofee terkejut melihat wajah Areana.. dia ke?? tunduk je?? masih malu ke??' bisik hati nakal Adrien.

"Hah Areana..Lina.. baru sampai.. nasib kami belum start lagi.." Sapa Halim., Areana dan Lina mengambil tempat duduk di sebelah Neily dan Lily.

"Saya ada cadangan.. apa kata kita denda Areana dan Lina nyanyi dulu.. sebab dorang lambat sampai.." Areana pucat.. Lina tak puas hati..

"Apa pulak.. saya lambat sebab Areana tau.. so Areanalah yang kena nyanyi sorang.." Lina menyelamatkan diri sendiri.'bertuah punya kawan..' bisik hati Areana..

"beginilah.. Tengku pun lambat juga tadi.. apa kata Tengku dan Areana yang berduet.." Areana dan lina melihat siapa gerangan yang di sebut oleh Halim itu.

"Areana.. tulah CEO Kirana Berhad..hensem siot kan??" Bisik Lina secara perlahan supaya tidak di dengari oleh orang lain..

"Lina.. tulah mamat yang tertukar beg dengan aku tu.. memanglah hensem siot.. tapi gatal dia pun boleh tahan gak..Siot to the power of 4 tau,.." Areana mengikut rentak Lina.. bercakap secara berbisik.

"Hah! Areana.. cepatlah.. Tengku dah sedia dah tu.." Tegur Che Khalid. Mahu tak mahu terpaksa juga Areana mengambil microfont dari tangan Lina yang sedang tersenyum mengusik itu.. Adrien menghadiahkan senyuman buat si gadis yang akan berduet dengannya itu.'Oo.. Areana namanya.. cantik., secantik orangnya juga..'

"Kita nyanyi lagu At The beginging ya.." bisik Adrien secara perlahan..Areana hanya mengangguk,. 'Kenapalah aku terima ajakan Che Khalid ni.. dahlah suara aku setaraf dengan nyanyian katak yang tengah panggil hujan tu..'..

We were strangers starting out on this journey
Never dreaming what we had to go through
Now here we are and I'm suddenly standing at the beginning with you
No one told me I was going to find you
Unexpected what you did to my heart
When I lost hope you were there to remind me, this is the start


#And life is a road and I wanna keep going

Love is a river, I wanna keep flowing, life is a road
Now and forever wonderful journey
I'll be there when the world is turning, I'll be there when the storm is thru
In the end I want to be standing at the beginning with you


We were strangers on a crazy adventure
Never dreaming how our dreams would come true
Now here we stand unafraid of the future at the beginning with you

#And life....


Knew there was somebody somewhere
I need love in the dark
Now I know our dreams will live on
I've been waiting so long
Nothing is going to tear us apart
And life is a road, I wanna keep going
Love is a river I wanna keep flowing on....
Starting out on the journey
Life is a road....


Lavine ship..DAy.1

Wednesday, July 8, 2009

HARI PERTAMA

"Hello Bos.. ye, saya dah sampai pangkalan dah ni.. Jangan risau bos. Lavine ship tidak akan menghampakan kita semua. tengoklah siapa designer dia..Okay bos.. Have fun too.." Areana menarik beg hitamnya. Dia tersenyum melihat kapal yang direkanya bersama ahli kumpulan kini megah berdiri 'di dalam airlah..' Hari ini perasmian dan pelayaran pertama bagi Lavine ship.. Semua ahli Syarikat Az holding dan Kirana Berhad yang menjayakan pembikinan Lavine ship ini akan dibawa belayar selama 15 hari menaiki kapal ini.

"Siapa call tu? bos?" Tanya Lina Yang kelihatan tidak sabar merasmikan kapal itu.

"Siapa lagi.. Dia tak ikut kita berlayar sekali.. 'Queen Control'.." Areana merendahkan suaranya semasa menyebut ayat terakhirnya itu.. Bosnya Encik Maliki memang takut dengan bini.. Jadi dirinya jugalah yang akan menggantikan tempat Bosnya itu. Sepatutnya dia sekarang sudah pulang kampung untuk bercuti.. Tapi oleh kerana bosnya itu tidak diberi kebenaran keluar.. terpaksalah dirinya menjadi penganti.

"em.. biasa la..Lambatnya perasmiaan ni.. aku dah tak sabar naik kapal ni.. Teruja pulak aku tengok bila Lavine Ship ni dah siap jadi kapal.." Memang betul kata Lina.. mulanya Lavine ship ini hanya lakaran.. tetapi bila dah siap menjadi kapal. kembang kempis hidung mereka melihatnya...

"eh..Kau dah jumpa CEO Kirana Berhad tak? aku dengar dia ikut serta dalam pelayaran ni??" Kata Lina sambil mencari sesuatu dalam beg tangannya. Semestinya gadis ini mencari make up kit nya..

"Belum.. selama inikan kita cuma berurusan dengan Che' Khalid je.. kenapa??" Muka Areana kelihatan memerah kerana cuaca yang membahang di pangkalan itu. Kelihatan juga teman2 Syarikatnya yang lain sedang berkumpul di food court yang ada di pangkalan itu.

"Siot hensem giler Areana.. Lesung pipit dia tu.. aduhai.. lagi2 time dia senyum.. cair luluh hati aku ni..dan yang paling penting dia BUJANG..nasib aku dah ada Rizal.." Dalam pada memuji anak teruna orang berlebih2an.. sempat juga dia mengingati yang dirinya sudah mempunyai suami.

"Nasib baik kau ingat pasal Rizal.. dan lagi satu.. apa kena mengena dia dengan aku kalau dia hensem sangat pon,," JAwab Areana seperti tidak tertarik dengan cerita temannya itu..

"Kena mengena dia.. Anak teruna orang tu bujang.." Lina masih memcuba membuat minah disebelahnya itu tertarik.

"Dah memang anak teruna.. mestila bujang.. kalau dah kawin.. orang panggil dia laki orang..pehallah kau ni Lina.." Lina tersengih2 bila faktanya di betulkan oleh Areana.

"ye tak ye juga.. tapi yang paling penting.. kau pun bujang.. kau cuba2lah masuk jarum.." Lina memberi idea yang agak ridiculous bukan lagi agak.. tapi terRidiculous yang pernah Areana dengar. 'what the...???'

"Kau ni demam ke hapa ni?? ada ke kau suruh aku masuk jarum dengan CEO Kirana Berhad tu.. giler ke hapa?? Hello Miss.. tu sebab ada telinga tu guna untuk mendengar.. CEO Kirana Berhad tu akan berkahwin hujung bulan ni tau.." Kata Areana sambil melambai2 tangannya di hadapan muka Lina seperti mahu menyedarkan Lina dari imaginasi terlebihnya.

"Oo...yeke.. hancur berkecai2 harapan aku nak kau kahwin dengan CEO Kirana Berhad tu.. aku dah bayangkan kau pakai baju gaun putih macam cindarella.. dengan seorang putera kacak di sebelah kau.." selepas saja Lina di ijabkabulkan.. Dirinya selalu mendesak Areana supaya mendirikan rumah tangga juga.. alasannya.. kesian melihat Areana yang keseorang di rumah sewa mereka dahulu.

"Dah2.. Kawal cket imaginasi kau tu.. dengar dek orang.. malu setahun aku.." Areana tahan senyum melihat gelagat temannya yang sedang menutup mata seperti membayangkan majlis persandingannya kelak.. Lina memang sekepala dengan ibunya di kampung..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Okay.. Bilik cik bernombor 402.. kami akan hantar beg2 Cik ke bilik cik nanti.." Lavine ship sebuah kapal besar.. jadi tidak hairanlah layanan di LAvine ship ini setaraf dengan hotel 5 bintang.. Selepas sampai di bilik yang dimaksudkan Lina terus merasmikan katil empuk di belik mereka. Areana menggeleng melihat telatah Lina. walaupun sudah setahun menjadi isteri orang tetapi perangainya masih tidak terlalu matang.. 'macam budak2..'

"ala.. takde line lah.. macam mana nak buat report kat hubby aku.." Lina merungut apabila menyedari telefon bimbitnya tidak dapat menghubungi suami kesayangannya.

"Eh! kat laut ofcouselah takde line.. apahallah minah ni.. gunalah internet.. hantar email.." Areana melandingkan tubuhnya di atas kerusi yang telah disediakan.

"ye tak ye gak kan.. lupa lah.. tapi laptop aku aku letak sama2 dengan beg pakaian kita tadilah.. belum kena hantar lagi.." Rungutnya lagi.. Areana menggeleng kepala.. tak dapat den nak nolong nye..

"Apasal kau tinggalkan sekali..pemalas betullah kau ni.. laptop kecik tu pun nak suruh room service.." Lina tersengih bak kerang busuk.. tapi dia tak kisah dengan mulut laser temannya itu.. Kedengaran bell dibunyikan..

"Hah.. room service la tu kot.. kau tolong buka pintu tu..aku mengantuklah.." KAta Areana..

"Yelah tu.. tadi kata aku yang malas.Coming..." KAta Lina terus berlari ke muka pintu apabila room service itu bagai tidak tahu sabar dengan menekan bell berkali2..

"Thanks..Nah Areana.. ni beg kau kan.." Kata Lina selepas saja menutup pintu bilik mereka.. Areana mengambil begnya kemudian cuma membuka beg pakaiannya itu.. berkerut keningnya bila kata kunci yang telah di setkan untuk begnya tidak dapat membuka beg itu

"Eh! Kenapa beg aku tak boleh buka ni??" Kata Areana sambil mengaru2 dahinya. Lina mengerut kening..

"Hah! tak boleh buka?? kenapa pulak tu.. apa kod kau.. meh aku cuba.." Lina menyinsing lengan bajunya kemudian cuba menunjukkan skill membuja begnya.

"XXXXXX.."Areana menyebut satu persatu kodnya. Tapi masih tidak dapat membuka beg hitam itu. Areana membelek2 beg itu.. Rupa yang sama, saiz yang sama, warna yang sama.. memang tak silap lagi itu memang begnya. Di bilik lain pula.....

"Adush! kena beg ni buat hal pulak.. apasal tak boleh buka ni.." Tengku Adrien Sofee bengang..

"Aku pecahkan juga beg ni.." Bisik Adrien lagi.. setelah penat berusaha. Dia meminta bantuan dari anak2 kapal Lavine..

"Ada apa tengku??" Tanya salah seorang dari pekerja yang bertugas sebagai Room Service..

"Ni beg saya ni.. tak boleh buka.. boleh tolong pecahkan je beg ni,.." Petugas bernama Amir terkejut dengan permintaan nekad Adrien itu..

"Pecahkan beg tengku?? tak apa2 ke??" Amir teragak2.. belum lagi mereka mula berlayar tapi dalam hari ini sudah dua kali dia mendengar permintaan seperti itu,
permintaan pertama dari bilik yang bertentangan dengan bilik ini.. seorang perempuan.. dan sekarang ini Tengku Adrien pula mahu dia menjadi vandalisma merosakkan beg..

"A'aa la.. kalau tidak macam mana saya nak ganti baju.." Amir mengangguk kemudian dia memulakan kerja yang tidak termasuk dalam senarai tugasnya sebagai anak kapal. Adrien tersenyum apabila begnya terbuka.. tapi bila melihat isi kandungan dalam begnya senyumannya kian pudar dan diganti dengan kerutan di dahinya. Amir menahan senyum..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"HAhahahahahaha..." Amboi gelak sakan Lina bila melihat isi beg Areana.. Areana mengurut kepala yang kepeningan kerana mabuk laut. Ditambah lagi dengan lawak antara bangsa dalam begnya itu..

"Apasal kau bawak boxer ni?? 'cermin mata' kau mana? ni apasal semua baju lelaki ni? kau dah tukar jantina ke??" Tanya Lina dalam nada tersangkut2 kerana ketawa. merah padam mukanya menahan gelak.

"Adui! ni siapa buat lawak antara bangsa tak jadi ni?!!" Luah Areana kegeraman.. Beg hitam yang dibuka oleh petugas kapal itu tadi membuatnya inginterjun ke laut.. kerana semua isi di dalam beg itu bukan miliknya.

"Hahaha.. Kira okaylah tu Areana.. tengok baju2 ni.. jenama mahal oo... Taklah malu sangat bila kau pakai.." KAta Lina masih mahu mengusik..

"Lina!!!!" Areana kegeraman melihat tingkah temannya itu yang tidak mahu menolongnya menyelesaikan masalahnya.. satu bilik di kejarnya Lina..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tengku pakai 'cermin mata' jenis ni juga ke?" Tanya Amir dengan muka innocent terlebihnya.. Adrien meraup muka..

"Ni apasal boleh ada barang peribadi wanita pulak kat dalam ni..." KAta Adrien dengan nada geram.. Amir menjungkit bahu.

"Saya rasa beg Tengku ni tertukar dengan beg orang sebelah Tengku.. sebab beg Tengku dengan dia sama je design dia.." Kata Amir..

"Hah? macam mana awak tahu??" Tanya Adrien.

"Tadi orang sebelah pun minta pecahkan beg juga.." Kata Amir.. Adrien mengangguk..kemudian dia menutup kembali beg itu dan membawanya keluar ke koridor.. dia menyuruh Amir untuk memberitahu orang di bilik sebelah. Areana dengan muka merah menahan maluk keluar dengan beg pakaian yang sama.

"Maaf.. saya tak tahu pulak beg kita tertukar.. tu yang saya suruh Amir rosakkan.." Kata Areana jujur.. Adrien memberi senyuman manis..

"Saya pun minta maaf.. dah terbuka beg awak.." mendengar je kenyataan Adrien bertambah merah muka Areana.. 'malu setahun aku...'

"Takpe.. saya buat2 tak nampak je 'cermin mata' awak kat dalam ni.." Dengar jujur Tengku Adrien memberitahu Areana. Amir tahan gelak.

"Saya pun tak nampak seluar kecik awak tu.." Cepat2 Areana mengambil begnya kemudian masuk kebiliknya kerana malu.. Adrien mengaru kepala.. 'hai.. hari first dah dapat masalah.. takpe.. dapat jumpa dengan awek cun tadi.. tak sempat nak tanya nama pula.. takpelah,, banyak masa lagi..'