Lavine ship..DAy.1

Wednesday, July 8, 2009

HARI PERTAMA

"Hello Bos.. ye, saya dah sampai pangkalan dah ni.. Jangan risau bos. Lavine ship tidak akan menghampakan kita semua. tengoklah siapa designer dia..Okay bos.. Have fun too.." Areana menarik beg hitamnya. Dia tersenyum melihat kapal yang direkanya bersama ahli kumpulan kini megah berdiri 'di dalam airlah..' Hari ini perasmian dan pelayaran pertama bagi Lavine ship.. Semua ahli Syarikat Az holding dan Kirana Berhad yang menjayakan pembikinan Lavine ship ini akan dibawa belayar selama 15 hari menaiki kapal ini.

"Siapa call tu? bos?" Tanya Lina Yang kelihatan tidak sabar merasmikan kapal itu.

"Siapa lagi.. Dia tak ikut kita berlayar sekali.. 'Queen Control'.." Areana merendahkan suaranya semasa menyebut ayat terakhirnya itu.. Bosnya Encik Maliki memang takut dengan bini.. Jadi dirinya jugalah yang akan menggantikan tempat Bosnya itu. Sepatutnya dia sekarang sudah pulang kampung untuk bercuti.. Tapi oleh kerana bosnya itu tidak diberi kebenaran keluar.. terpaksalah dirinya menjadi penganti.

"em.. biasa la..Lambatnya perasmiaan ni.. aku dah tak sabar naik kapal ni.. Teruja pulak aku tengok bila Lavine Ship ni dah siap jadi kapal.." Memang betul kata Lina.. mulanya Lavine ship ini hanya lakaran.. tetapi bila dah siap menjadi kapal. kembang kempis hidung mereka melihatnya...

"eh..Kau dah jumpa CEO Kirana Berhad tak? aku dengar dia ikut serta dalam pelayaran ni??" Kata Lina sambil mencari sesuatu dalam beg tangannya. Semestinya gadis ini mencari make up kit nya..

"Belum.. selama inikan kita cuma berurusan dengan Che' Khalid je.. kenapa??" Muka Areana kelihatan memerah kerana cuaca yang membahang di pangkalan itu. Kelihatan juga teman2 Syarikatnya yang lain sedang berkumpul di food court yang ada di pangkalan itu.

"Siot hensem giler Areana.. Lesung pipit dia tu.. aduhai.. lagi2 time dia senyum.. cair luluh hati aku ni..dan yang paling penting dia BUJANG..nasib aku dah ada Rizal.." Dalam pada memuji anak teruna orang berlebih2an.. sempat juga dia mengingati yang dirinya sudah mempunyai suami.

"Nasib baik kau ingat pasal Rizal.. dan lagi satu.. apa kena mengena dia dengan aku kalau dia hensem sangat pon,," JAwab Areana seperti tidak tertarik dengan cerita temannya itu..

"Kena mengena dia.. Anak teruna orang tu bujang.." Lina masih memcuba membuat minah disebelahnya itu tertarik.

"Dah memang anak teruna.. mestila bujang.. kalau dah kawin.. orang panggil dia laki orang..pehallah kau ni Lina.." Lina tersengih2 bila faktanya di betulkan oleh Areana.

"ye tak ye juga.. tapi yang paling penting.. kau pun bujang.. kau cuba2lah masuk jarum.." Lina memberi idea yang agak ridiculous bukan lagi agak.. tapi terRidiculous yang pernah Areana dengar. 'what the...???'

"Kau ni demam ke hapa ni?? ada ke kau suruh aku masuk jarum dengan CEO Kirana Berhad tu.. giler ke hapa?? Hello Miss.. tu sebab ada telinga tu guna untuk mendengar.. CEO Kirana Berhad tu akan berkahwin hujung bulan ni tau.." Kata Areana sambil melambai2 tangannya di hadapan muka Lina seperti mahu menyedarkan Lina dari imaginasi terlebihnya.

"Oo...yeke.. hancur berkecai2 harapan aku nak kau kahwin dengan CEO Kirana Berhad tu.. aku dah bayangkan kau pakai baju gaun putih macam cindarella.. dengan seorang putera kacak di sebelah kau.." selepas saja Lina di ijabkabulkan.. Dirinya selalu mendesak Areana supaya mendirikan rumah tangga juga.. alasannya.. kesian melihat Areana yang keseorang di rumah sewa mereka dahulu.

"Dah2.. Kawal cket imaginasi kau tu.. dengar dek orang.. malu setahun aku.." Areana tahan senyum melihat gelagat temannya yang sedang menutup mata seperti membayangkan majlis persandingannya kelak.. Lina memang sekepala dengan ibunya di kampung..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Okay.. Bilik cik bernombor 402.. kami akan hantar beg2 Cik ke bilik cik nanti.." Lavine ship sebuah kapal besar.. jadi tidak hairanlah layanan di LAvine ship ini setaraf dengan hotel 5 bintang.. Selepas sampai di bilik yang dimaksudkan Lina terus merasmikan katil empuk di belik mereka. Areana menggeleng melihat telatah Lina. walaupun sudah setahun menjadi isteri orang tetapi perangainya masih tidak terlalu matang.. 'macam budak2..'

"ala.. takde line lah.. macam mana nak buat report kat hubby aku.." Lina merungut apabila menyedari telefon bimbitnya tidak dapat menghubungi suami kesayangannya.

"Eh! kat laut ofcouselah takde line.. apahallah minah ni.. gunalah internet.. hantar email.." Areana melandingkan tubuhnya di atas kerusi yang telah disediakan.

"ye tak ye gak kan.. lupa lah.. tapi laptop aku aku letak sama2 dengan beg pakaian kita tadilah.. belum kena hantar lagi.." Rungutnya lagi.. Areana menggeleng kepala.. tak dapat den nak nolong nye..

"Apasal kau tinggalkan sekali..pemalas betullah kau ni.. laptop kecik tu pun nak suruh room service.." Lina tersengih bak kerang busuk.. tapi dia tak kisah dengan mulut laser temannya itu.. Kedengaran bell dibunyikan..

"Hah.. room service la tu kot.. kau tolong buka pintu tu..aku mengantuklah.." KAta Areana..

"Yelah tu.. tadi kata aku yang malas.Coming..." KAta Lina terus berlari ke muka pintu apabila room service itu bagai tidak tahu sabar dengan menekan bell berkali2..

"Thanks..Nah Areana.. ni beg kau kan.." Kata Lina selepas saja menutup pintu bilik mereka.. Areana mengambil begnya kemudian cuma membuka beg pakaiannya itu.. berkerut keningnya bila kata kunci yang telah di setkan untuk begnya tidak dapat membuka beg itu

"Eh! Kenapa beg aku tak boleh buka ni??" Kata Areana sambil mengaru2 dahinya. Lina mengerut kening..

"Hah! tak boleh buka?? kenapa pulak tu.. apa kod kau.. meh aku cuba.." Lina menyinsing lengan bajunya kemudian cuba menunjukkan skill membuja begnya.

"XXXXXX.."Areana menyebut satu persatu kodnya. Tapi masih tidak dapat membuka beg hitam itu. Areana membelek2 beg itu.. Rupa yang sama, saiz yang sama, warna yang sama.. memang tak silap lagi itu memang begnya. Di bilik lain pula.....

"Adush! kena beg ni buat hal pulak.. apasal tak boleh buka ni.." Tengku Adrien Sofee bengang..

"Aku pecahkan juga beg ni.." Bisik Adrien lagi.. setelah penat berusaha. Dia meminta bantuan dari anak2 kapal Lavine..

"Ada apa tengku??" Tanya salah seorang dari pekerja yang bertugas sebagai Room Service..

"Ni beg saya ni.. tak boleh buka.. boleh tolong pecahkan je beg ni,.." Petugas bernama Amir terkejut dengan permintaan nekad Adrien itu..

"Pecahkan beg tengku?? tak apa2 ke??" Amir teragak2.. belum lagi mereka mula berlayar tapi dalam hari ini sudah dua kali dia mendengar permintaan seperti itu,
permintaan pertama dari bilik yang bertentangan dengan bilik ini.. seorang perempuan.. dan sekarang ini Tengku Adrien pula mahu dia menjadi vandalisma merosakkan beg..

"A'aa la.. kalau tidak macam mana saya nak ganti baju.." Amir mengangguk kemudian dia memulakan kerja yang tidak termasuk dalam senarai tugasnya sebagai anak kapal. Adrien tersenyum apabila begnya terbuka.. tapi bila melihat isi kandungan dalam begnya senyumannya kian pudar dan diganti dengan kerutan di dahinya. Amir menahan senyum..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"HAhahahahahaha..." Amboi gelak sakan Lina bila melihat isi beg Areana.. Areana mengurut kepala yang kepeningan kerana mabuk laut. Ditambah lagi dengan lawak antara bangsa dalam begnya itu..

"Apasal kau bawak boxer ni?? 'cermin mata' kau mana? ni apasal semua baju lelaki ni? kau dah tukar jantina ke??" Tanya Lina dalam nada tersangkut2 kerana ketawa. merah padam mukanya menahan gelak.

"Adui! ni siapa buat lawak antara bangsa tak jadi ni?!!" Luah Areana kegeraman.. Beg hitam yang dibuka oleh petugas kapal itu tadi membuatnya inginterjun ke laut.. kerana semua isi di dalam beg itu bukan miliknya.

"Hahaha.. Kira okaylah tu Areana.. tengok baju2 ni.. jenama mahal oo... Taklah malu sangat bila kau pakai.." KAta Lina masih mahu mengusik..

"Lina!!!!" Areana kegeraman melihat tingkah temannya itu yang tidak mahu menolongnya menyelesaikan masalahnya.. satu bilik di kejarnya Lina..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tengku pakai 'cermin mata' jenis ni juga ke?" Tanya Amir dengan muka innocent terlebihnya.. Adrien meraup muka..

"Ni apasal boleh ada barang peribadi wanita pulak kat dalam ni..." KAta Adrien dengan nada geram.. Amir menjungkit bahu.

"Saya rasa beg Tengku ni tertukar dengan beg orang sebelah Tengku.. sebab beg Tengku dengan dia sama je design dia.." Kata Amir..

"Hah? macam mana awak tahu??" Tanya Adrien.

"Tadi orang sebelah pun minta pecahkan beg juga.." Kata Amir.. Adrien mengangguk..kemudian dia menutup kembali beg itu dan membawanya keluar ke koridor.. dia menyuruh Amir untuk memberitahu orang di bilik sebelah. Areana dengan muka merah menahan maluk keluar dengan beg pakaian yang sama.

"Maaf.. saya tak tahu pulak beg kita tertukar.. tu yang saya suruh Amir rosakkan.." Kata Areana jujur.. Adrien memberi senyuman manis..

"Saya pun minta maaf.. dah terbuka beg awak.." mendengar je kenyataan Adrien bertambah merah muka Areana.. 'malu setahun aku...'

"Takpe.. saya buat2 tak nampak je 'cermin mata' awak kat dalam ni.." Dengar jujur Tengku Adrien memberitahu Areana. Amir tahan gelak.

"Saya pun tak nampak seluar kecik awak tu.." Cepat2 Areana mengambil begnya kemudian masuk kebiliknya kerana malu.. Adrien mengaru kepala.. 'hai.. hari first dah dapat masalah.. takpe.. dapat jumpa dengan awek cun tadi.. tak sempat nak tanya nama pula.. takpelah,, banyak masa lagi..'











0 comments:

Post a Comment