Lavine_ship 3

Sunday, August 30, 2009

"Lina, kau pergi makan dulu la.. aku nak lepak kat deck atas jap.." Areana kelihatan cantik dan ayu dengan pemakaian ringkasnya dan tidak ketinggalan topi ala2 gadis ayu. Lina melihat temannya.

"Abis kau suruh aku makan.. yang kau tu tak makan ke??" Tanya Lina yang masih bersenang-lenang di atas katil sambil berchatting dengan suami terChENTAnya..

"Aku rasa kenyang lagilah.. Aku makan sarapan banyak sangat tadi.. Okaylah.. aku jalan dulu ek.." Areana sempat lagi merenung pintu depan biliknya. mungkin jejaka itu sudah pergi ke dewan makan..





~~~~~~~~~~~





melihat ombak yang tenang itu.. mungkin membuat orang terfikir.. macam mana ia menjadi ganas dan mengambil nyawa beratus2 orang.. mungkin ramai yang sudah melupakan kejadian 5 tahun lalu.. ombak yang menjadi teman bermain menjadi ganas dan menghempas pantai.. Tapi ramai juga yang masih trauma dengan kejadian itu.. kerana kehilangan insan yang tersayang ketika kejadian itu sungguh menghibakan.. Dan dia salah seorang darinya.. Di saat itu.. dia terasa seperti kehilang seluruh hidupnya.. seluruh kebahagiannya.. sampaikan dia hilang arah dan tujuan. Tapi syukurlah, dia mempunyai ramai penyokong untuk membuatkan dia bangkit semula.... Zaeril....





"Hahaha... Tangkaplah Ana.. takkan ana pun tak dapat kejap.. kata nak kejap ana seumur hidup Eril.." Jerit Areana ceria.. suka melihat suaminya termengah2 mengejar dirinya.. Ini yang dia inginkan.. menjadi isteri kepada Zaeril illiyas.. setelah pelbagai cabaran di tempuh.. akhirnya mereka selamat di ijabkabulkan.. dan sekarang hanya Dia dan Zaeril di destinasi bulan madu mereka..





"Jagalah Ana kalau Eril dapat tangkap nanti... Eril terus kurung Ana.. biar ana tak dapat lari lagi.." Eril mula berlari di gigi air.. suka dia mendengar tawa Areana sekarang.. walaupun terpaksa mengikut sikap kebudak-budakkan Areana berkejar2an di tepi pantai..





"you blackmail me? sorry Mr.Zaeril.. it doesnt work in this area.." Areana sempat menjelir lidah sebelum melarikan diri jauh dari Zaeril.. Areana sudah sampai ke daratan sementara Zaeril masih membasahkan diri di gigi air itu.. Mulanya dia tertawa melihat perlakuan suaminya.. mungkin sudah penat mengejar dirinya.. tetapi senyumnya mati tiba2.. terdengar suara2 yang mula berteriakan.. Dia melihainya masih lagi tidak menyedari kejadian itu...





"Abang!!! lari!!" Jeritnya dari jauh... Tapi dia tidak sempat berbuat apa selain melihat Zaeril seperti di tarik oleh ombak besar itu dan dirinya pula ditarik oleh orang tempatan untuk menyelamatkan diri.. Dia terkaku... dan terus terkaku..... sehinggalah orang2 tempatan membawanya berlindung di sebuah Masjid di bumi Acheh..





~~~~~~~~~~~~~





"Having a difficult time hah?" Areana terkejut apabila dirinya di tegur.. Adrien Di sebelahnya di renung.. Adrien menghulurkan sapu tangan.. Areana buat muka tidak faham...



"Your tears.. I sure you need this.." Kata Adrien merujuk kepada sapu tangan di tangannya.. Areana cuba mengukir senyuman.. dia menyambut huluran Adrien dan mengelap airmatanya..



"Thanks.. just flash back some horrorful memory..." Adrien tersenyum.. Dia menyandarkan tubuhnya di palang2 besi yang sentiasa ada di setiap kapal laut.. untuk mengelakkan seseorang dari menerjunkan dirinya untuk menjadi sarapan pagi si jerung.. Salah satu ciri2 keselamatan kapal laut.



"emm.. kita semua ada pengalaman pahit.. cuma cara kita menanganinya saja berbeza.. Ada yang cerdik, menjadikan pengalaman sebagai pengajaran dan dapat menerima pengalaman itu dengan hati yang terbuka.. Dan ada pula yang menjadikan pengalaman itu sebagai kelemahannya dan tidak berusaha menangani dan memperbetulkannya,.Saya harap cik Areana anatara orang2 yang cerdik.." Adrien mengalingkan pandangannya ke muka Areana yang masih sayu,. Areana cuba tersenyum.

"Of couse.. Kalau tidak, takkan saya berada di sini dan menjadi salah seorang dari pereka lavineship.." Jawab Areana.. menarik nafas panjang.. dia cuba menghilangkan kesedihan tadi

"Good.. Tak pergi makan ke?" Tanya Adrien..

"Tak..kenyang lagi.. Tengku?" Adrien mengukir senyuman.

"Janganlah formal sangat.. panggil je Adrien.. saya nak hirup udara kat luar ni kejap.. tak sangka pulak terserempak dengan pari2 yang kepatahan sayapnya.." Areana tersenyum.. mulut manis..

"Okaylah Ad..rien.. Saya balik bilik dulu.." Malas mahu memanjangkan cerita di waktu dia mengalami masalah emosi ketika ini.

"Okay.. see you to night.. dengar kata, dorang nak buat BBQ malam ni.."

"Insya_allah. "Dan Areana pun berlalu......

1 comments:

Mega_Lisa on January 2, 2010 at 2:32 PM said...

sunday, 30 august 2009??? ni calendar ni ngigau ke apa ni?? tepat pulak tu di birthday aku.. enjoy reading! setelah lama blog ini di anak tirikan...hehehe..komen!! jgn tak komen.. (^_^)

Post a Comment